Sungai St. Lawrence
Sungai St. Lawrence

Sungai St. Lawrence

Sungai Saint Lawrence (Bahasa Perancis: Fleuve Saint-Laurent; Tuscarora: Kahnawáʼkye;[2] Mohawk: Kaniatarowanenneh, bermaksud "laluan air yang besar") merupakan sungai yang besar yang terletak dari barat daya hingga barat laut di benua Amerika Utara dan menghubungkan Tasik-Tasik Besar dengan Lautan Atlantik. Sungai ini adalah penghantar saliran utama Tasik-Tasik Besar. Sungai terletak di timur wilayah Kanada iaitu Quebec dan Ontario yang membentuk sebahagian daripada sempadan antarabangsa antara Ontario, Kanada dan New York, Amerika Syarikat.Sungai ini merupakan laluan utama penjelajah Perancis, Jacques Cartier untuk meneroka pendalaman Kanada pada abad ke-16. Kemudian, ramai penjelajah Eropah berimigresen ke Kanada pada zaman dahulu mengikut laluan sungai ini termasuklah Samuel de Champlain iaitu bangsawan Perancis yang membuka Bandaraya Quebec pada abad ke-17. Sungai ini merupakan pertempuran utama ketika Perang Tujuh Tahun, tentera British yang berpangkalan di New York berusaha untuk menghalau orang Perancis dari Kanada untuk meluaskan jajahan British. Ketika Perang Dunia Kedua, tentera Kanada bertempur dengan tentera Jerman Nazi di bawah Karl Donitz. Pertempuran ini hanya di muara sungai dan tentera Kanada berjaya menenggelamkan kapal perang tentera Nazi, U-Boat berhampiran Lautan Atlantik.